Sunday, May 11, 2008

FIRST OF MAY...ELEVENTH MAY...

Ayah dan Emak...Aidil Fitri 2003...
Ayahku telah meninggal dunia pada 9.2.2005.
Emak sekarang off and on tinggal dengan aku.
Aku anak ke4 dan anak perempuan sulung.
Aku ada 3 orang abang, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan.
FIRST OF MAY by BEE GEES (one of my favourite songs and groups)

When i was small,
and christmas trees were tall,
We used to love while others used to play.

Don't ask me why,
but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.

(chorus)

Now we are tall,
and christmas trees are small,
And you don't ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess we'll cry come first of may.

The apple tree that grew for you and me,
I watched the apples falling one by one.
And i recall the moment of them all,
The day i kissed your cheek and you were mine.

(chorus...)

When i was small,
and christmas trees were tall,
Do do do do do do do do do...
Don't ask me why,
but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.

Bermula dari 1 May, hampir setiap hari ada "HARI..." (siapa la punya kerja ni?)

Pagi ni aku tenguk SPM di RTM1. Tetamu undangan Suhaimi dan Hani ialah MakWe Kartina Aziz (perghhh anggun sungguh makcik tu...envy aku hehe) dan (Dato) Yusni Hamid, penyanyi bersuara emas. Baru hari ni aku tau yang Hani tu rupanya anak Yusni Hamid. Yusni Hamid penampilannya begitu sederhana. Bagaimana kita lihat dia di kaca TV atau di khalayak hiburan, begitu lah dia di luar. Aku selalu juga terserempak dengan dia semasa aku masih bertugas di Angkasapuri. Soft-spoken and very pleasant personality. Aku amat menghormati dan meminatinya. Artis2 baru harus mencontohinya.

Aku suka dan amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kartina Aziz. Sebagai ibu kita kena fikirkan bahawa tugas membesarkan dan mendidik anak-bukan bukan suatu pengorbanan tetapi itu adalah suatu TANGGUNGJAWAB dan AMANAH Allah. Mak aku pun setuju. Bila apa yang kita buat kita anggap sebagai suatu tanggungjawab dan amanah maka barulah tidak terasa berat dan tidak timbul isu ungkit mengungkit dan terasa hati.

Namun bagi kita anak-anak haruslah menganggap tanggungjawab yang dilakukan ibu bapa itu sebagai PENGORBANAN mereka untuk kita. Barulah kita menghargai mereka.

Kata Kartina Aziz, keluarganya tidak sangat memberi tumpuan kepada 11 Mei, tapi setiap hari harus dihargai. Lagi sekali aku setuju. Mak aku pun setuju...hehehe. Aku pun takde ucap selamat hari ibu kat mak aku. Mak aku pun tak kisah. Yang penting, setiap hari aku masak dan sedaya upaya aku siapkan segala yang mak aku perlukan. Penat memang la penat. Tapi apalah sangat. Aku pun seorang ibu. Aku tau. Cuma aku tak berapa suka bercakap.


Tapi sebagai meraikan hari ni aku ucapkan kepada semua kawan-kawanku yang bergelar ibu...SELAMAT HARI IBU...semoga kita semua dapat menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kita dan juga anak-anak rakan-rakan, saudara-saudara dan jiran-jiran kita.


P/S: post pada 11 Mei jam 11.25 pagi. Isyyy mcm mana nak tukar tarikh dan time posted kat sini ekkk?