Rambutan gading dan durian sudah tinggal hujung-hujung.
Rambutan tu memang literally tinggal yang dihujung dahan, nak dikait takde galah yang cukup panjang, nak dipangkas dahannya terlalu tinggi risiko kalau nak panjat, dahan untuk sampai ke dahan yang masih ada buah itu terlalu kecil dan rapuh. Biar sajalah. Yang hairan tu tupai pun dah tak nak makan. Dah kenyang dan jemu agaknya.
Durian tinggal dua tiga biji betul2 di hujung dahan. Itulah agaknya orang tua-tua kata buah hujung.
Tahun ni saya tak jemput kawan-kawan untuk makan durian dan rambutan, sebab yang berbuahnya hanya satu pokok, cukup untuk adik-beradik dan jiran-jiran sebelah rumah saja. Ada tak ada pun saya kirimkan saja ke rumah dua tiga orang kawan rapat. Insyallah kalau ada lebih rezeki musim hadapan dan masih ada umur, saya jemput mereka.
Seronok bila kenangkan peristiwa melugas rambutan, pulasan dan cempedak di Ulu Rening tiga tahun lepas. Abahir (dengan golok seghawak rasanya), kakros, stayer n family (anak yang baru lahir pun dibawanya naik lori pulak tu...he he), pandora, sani, ridzwan, azie, farha, mendak, nasir n marina, ermm siapa lagi ye....Masing-masing pulang dengan bonet yang penuh, keletihan tapi dengar-dengarnya masih sempat singgah berkelah di Ulu Yam. Sayangnya tahun ni dusun di Ulu Rening tidak mengeluarkan hasil.
Rezeki adalah sesuatu yang diluar kawalan kita. Tak perlu kita mengeluh, tapi bersyukurlah dengan apa yang diberi dengan berkata, "Alhamdulillah..."
Itu cerita musim buah...Novel?...next episode lah....:)
I WONDER...
Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Buka akaun tutup akaun...
Pelik juga. Semua operasi bank dah online. Tapi bila tiba bab nak tutup akaun masih kena balik ke cawangan di mana kita buka akaun tu. Tak ada ke usaha untuk memudahkan urusan ini?. Macam mana kalau orang tu berada di luar negara, tinggal di sana misalnya, nak tutup akaun yang dibuka di Malaysia ni nak kena terbang balik ke sini ke? Hmmm macam tak munasabah je.
Jadi pilihan yang kita ada...keluarkan semua wang yang ada dan tinggalkan jumlah minima (rm10?). Lepas tu bila sekian lama akaun kita tak aktif, lama2 duit baki tu berpindah masuk ke akaun tak dituntut...berjuta-juta akaun tak dituntut ni rupanya. Masuk ke dalam khazanah negara. Macam mana negara boleh dikatakan tak ada duit?
Hari ini itulah yang saya buat. Urusan akaun emak. Walaupun terasa sebal hati ni, tapi bila kakitangan bank yang menguruskan urusan saya sangat santun dan ramah apatah lagi bila lihat saya membawa emak, rasa terubat juga.
Hari itu sudah saya selesaikan urusan menukar bank untuk wang pencen emak. Berurusan dengan Bahagian Pencen JPA sekarang amat mudah dan cepat. Nak parking pun senang. Disediakan beberapa lot parking untuk kenderaan pesara betul-betul di depan pintu utama masuk ke Jabatan itu.
Minggu depan nak ke ASNB pulak. Uruskan akaun emak dan arwah ayah pulak. Emak minta saya selesaikan urusan menutup akaun mereka sementara dia masih ada.
Tidak banyak mana pun saham mereka tapi masih perlu diuruskan. Saham ayah dah jadi pusaka. Perlu difaraid.
Hmmm...saya akur. Memang betul. Apa-apa pun urusan dunia harus diselesaikan sementara kita masih ada. Jika tidak, kita hanya akan menyusahkan waris-waris yang tinggal.

Friday, July 16, 2010
Hari itu...hari ini...
Hari itu JUMAAT 16 Julai 1954 bersamaan 16 Zulkaedah 1373 Jam 10.10 pagi
Lahir seorang bayi perempuan kepada seorang guru Sekolah Melayu dan seorang suri rumah sepenuh masa. Bayi ini adalah anak ke empat pasangan ini dan merupakan anak perempuan sulung. Sebelum ini tiga anak mereka kesemuanya lelaki.
Bayi itu adalah aku.
Hari ini JUMAAT 16 Julai 2010 bersamaan 4 Syaaban 1431.
Hari ini genap usia ku 56 tahun.
Semalam, emak bercerita tentang arwah ayah, tentang gerakan Sunnah Wal Jamaah di Perlis, tentang Tok Leh, tentang madrasah yang Tok Leh bina, tentang Tok Sheikh Abu Bakar, tentang kilang beras yang asal...dan banyak lagi.
Wajah ku amat sinonim dengan wajah arwah ayah. Itu semua orang tahu.
Cuma semalam, emak kata ayah seorang yang berani. Dan dalam ramai-ramai anaknya, dua orang sahaja yang mewarisi keberanian ayah, kata emak. Aku seorang darinya. Hmmm...termenung aku memikirkannya.

Wednesday, February 10, 2010
Kacang...pantang...ada....
Rabu 10 Februari, 2009...
Sambil menunggu mekanik membaikki kereta ku, aku makan kacang. Kerani di bengkel kereta ni yang bagi. Dan minum minuman dalam tin (tak boleh sebut, nanti bagi iklan percuma). Dah lama tak minum air gas.
Kacang ni sangat tinggi kandungan protein. Mengikut pengamal perubatan alternatif, aku kena pantang makan semua jenis kacang. Dan semua jenis makanan berprotein tinggi.
Sebabnya, aku mengidap rheumatoid arthritis (RA).
Katanya, orang yang mengalami masalah radang sendi kena pantang makanan berprotein tinggi kerana protein ni akan menyelesakan diri di sendi-sendi pengidap dan akan menyebabkan sendi-sendi bengkak dan sakit. Ada ketika-ketikanya, sakit yang teramat sangat.
Hmmm...cerita pasal pantang ni, dulu aku memang kuat dan tahan berpantang. Sekarang?...pantang ada...he he he...
tapi kalau tak ada aku tak cari.
Tak mengapa, aku rajin makan ubat.
Cumanya makan ubat tanpa berpantang, umpama berenang menongkah arus...
Nota: Yeahaaaa ....:D

Tuesday, December 15, 2009
At last...
Malam tadi akhirnya terpasang juga wireless streamyx di Teratak Tak Tetak ni. (Teratak Tak Retak adalah nama tak rasmi kediaman baru ku yang dicadangkan oleh seorang sahabat,...harap-harap begitulah! Dia juga cadangkan nama Villa Titonla...). Seronoknya. Laju dan tidak lagi tersangkut-sangkut. Tidak lagi terkial-kial menunggu connection seperti ketika menggunakan broadband sejak berpindah ke sini. (bukanlah nak mengutuk broadband tapi hakikatnya memang begitulah...terkial-kial...kesian broadband aku...tapi tak mengapa, broadbandku sekarang dah masuk category pemain simpanan dan juga travelling companion). Dek kerana lancar, rasa seronok berchatting di ym dengan seorang rakan baru sehingga hampir bertukar jadi tikus dan labu...(ingat cerita cinderella bila the clock chimes 12 times?).
Cukup dulu sampai di sini sekadar memanaskan blog yang telah lama tak ku kemaskini. Kelembapan line hanya satu alasan. Yang sebenarnya...yang sebenarnya...(baca ikut lengguk lagu Yana...)...aku tak ada mood nak menulis. Cerita banyak yang sebenarnya...tungguuuuu...

Wednesday, April 15, 2009
Nak cerita lagi ke?
Dulu dalam RETRO saya ada sebut nak cerita lebih lanjut pasal beberapa hal. Nak citer lagi ke? Dah lama sangat, saya pun dah terlupa pasal tu...takyah la ekkkk? Citer hal ehwal semasa je la ekkk?...ok la ekkk? hik hik
Subscribe to:
Posts (Atom)