Wednesday, February 10, 2010

Kacang...pantang...ada....

Rabu 10 Februari, 2009...

Sambil menunggu mekanik membaikki kereta ku, aku makan kacang. Kerani di bengkel kereta ni yang bagi. Dan minum minuman dalam tin (tak boleh sebut, nanti bagi iklan percuma). Dah lama tak minum air gas.

Kacang ni sangat tinggi kandungan protein. Mengikut pengamal perubatan alternatif, aku kena pantang makan semua jenis kacang. Dan semua jenis makanan berprotein tinggi.

Sebabnya, aku mengidap rheumatoid arthritis (RA).

Katanya, orang yang mengalami masalah radang sendi kena pantang makanan berprotein tinggi kerana protein ni akan menyelesakan diri di sendi-sendi pengidap dan akan menyebabkan sendi-sendi bengkak dan sakit. Ada ketika-ketikanya, sakit yang teramat sangat.

Hmmm...cerita pasal pantang ni, dulu aku memang kuat dan tahan berpantang. Sekarang?...pantang ada...he he he...
tapi kalau tak ada aku tak cari.

Tak mengapa, aku rajin makan ubat.

Cumanya makan ubat tanpa berpantang, umpama berenang menongkah arus...

Nota: Yeahaaaa ....:D

3 comments:

atuk santai ( AMIN) said...

ATUKHIL HU A/P TITO

:D

jaiman said...

Atukehem apa kabar? tkasih singgah :)

atuk santai ( AMIN) said...

atukehem haji amin


saya sihat wahai akak jaiman,