Friday, July 16, 2010

Hari itu...hari ini...

Hari itu JUMAAT 16 Julai 1954 bersamaan 16 Zulkaedah 1373 Jam 10.10 pagi

Lahir seorang bayi perempuan kepada seorang guru Sekolah Melayu dan seorang suri rumah sepenuh masa. Bayi ini adalah anak ke empat pasangan ini dan merupakan anak perempuan sulung. Sebelum ini tiga anak mereka kesemuanya lelaki.

Bayi itu adalah aku.

Hari ini JUMAAT 16 Julai 2010 bersamaan 4 Syaaban 1431.

Hari ini genap usia ku 56 tahun.

Semalam, emak bercerita tentang arwah ayah, tentang gerakan Sunnah Wal Jamaah di Perlis, tentang Tok Leh, tentang madrasah yang Tok Leh bina, tentang Tok Sheikh Abu Bakar, tentang kilang beras yang asal...dan banyak lagi.

Wajah ku amat sinonim dengan wajah arwah ayah. Itu semua orang tahu.

Cuma semalam, emak kata ayah seorang yang berani. Dan dalam ramai-ramai anaknya, dua orang sahaja yang mewarisi keberanian ayah, kata emak. Aku seorang darinya. Hmmm...termenung aku memikirkannya.

1 comment:

atuk santai ( AMIN) said...

saya maaf dosa tito

hi hi hi hi hi