Hari itu JUMAAT 16 Julai 1954 bersamaan 16 Zulkaedah 1373 Jam 10.10 pagi
Lahir seorang bayi perempuan kepada seorang guru Sekolah Melayu dan seorang suri rumah sepenuh masa. Bayi ini adalah anak ke empat pasangan ini dan merupakan anak perempuan sulung. Sebelum ini tiga anak mereka kesemuanya lelaki.
Bayi itu adalah aku.
Hari ini JUMAAT 16 Julai 2010 bersamaan 4 Syaaban 1431.
Hari ini genap usia ku 56 tahun.
Semalam, emak bercerita tentang arwah ayah, tentang gerakan Sunnah Wal Jamaah di Perlis, tentang Tok Leh, tentang madrasah yang Tok Leh bina, tentang Tok Sheikh Abu Bakar, tentang kilang beras yang asal...dan banyak lagi.
Wajah ku amat sinonim dengan wajah arwah ayah. Itu semua orang tahu.
Cuma semalam, emak kata ayah seorang yang berani. Dan dalam ramai-ramai anaknya, dua orang sahaja yang mewarisi keberanian ayah, kata emak. Aku seorang darinya. Hmmm...termenung aku memikirkannya.
Friday, July 16, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Kacang...pantang...ada....
Rabu 10 Februari, 2009...
Sambil menunggu mekanik membaikki kereta ku, aku makan kacang. Kerani di bengkel kereta ni yang bagi. Dan minum minuman dalam tin (tak boleh sebut, nanti bagi iklan percuma). Dah lama tak minum air gas.
Kacang ni sangat tinggi kandungan protein. Mengikut pengamal perubatan alternatif, aku kena pantang makan semua jenis kacang. Dan semua jenis makanan berprotein tinggi.
Sebabnya, aku mengidap rheumatoid arthritis (RA).
Katanya, orang yang mengalami masalah radang sendi kena pantang makanan berprotein tinggi kerana protein ni akan menyelesakan diri di sendi-sendi pengidap dan akan menyebabkan sendi-sendi bengkak dan sakit. Ada ketika-ketikanya, sakit yang teramat sangat.
Hmmm...cerita pasal pantang ni, dulu aku memang kuat dan tahan berpantang. Sekarang?...pantang ada...he he he...
tapi kalau tak ada aku tak cari.
Tak mengapa, aku rajin makan ubat.
Cumanya makan ubat tanpa berpantang, umpama berenang menongkah arus...
Nota: Yeahaaaa ....:D
Sambil menunggu mekanik membaikki kereta ku, aku makan kacang. Kerani di bengkel kereta ni yang bagi. Dan minum minuman dalam tin (tak boleh sebut, nanti bagi iklan percuma). Dah lama tak minum air gas.
Kacang ni sangat tinggi kandungan protein. Mengikut pengamal perubatan alternatif, aku kena pantang makan semua jenis kacang. Dan semua jenis makanan berprotein tinggi.
Sebabnya, aku mengidap rheumatoid arthritis (RA).
Katanya, orang yang mengalami masalah radang sendi kena pantang makanan berprotein tinggi kerana protein ni akan menyelesakan diri di sendi-sendi pengidap dan akan menyebabkan sendi-sendi bengkak dan sakit. Ada ketika-ketikanya, sakit yang teramat sangat.
Hmmm...cerita pasal pantang ni, dulu aku memang kuat dan tahan berpantang. Sekarang?...pantang ada...he he he...
tapi kalau tak ada aku tak cari.
Tak mengapa, aku rajin makan ubat.
Cumanya makan ubat tanpa berpantang, umpama berenang menongkah arus...
Nota: Yeahaaaa ....:D
Tuesday, December 15, 2009
At last...
Malam tadi akhirnya terpasang juga wireless streamyx di Teratak Tak Tetak ni. (Teratak Tak Retak adalah nama tak rasmi kediaman baru ku yang dicadangkan oleh seorang sahabat,...harap-harap begitulah! Dia juga cadangkan nama Villa Titonla...). Seronoknya. Laju dan tidak lagi tersangkut-sangkut. Tidak lagi terkial-kial menunggu connection seperti ketika menggunakan broadband sejak berpindah ke sini. (bukanlah nak mengutuk broadband tapi hakikatnya memang begitulah...terkial-kial...kesian broadband aku...tapi tak mengapa, broadbandku sekarang dah masuk category pemain simpanan dan juga travelling companion). Dek kerana lancar, rasa seronok berchatting di ym dengan seorang rakan baru sehingga hampir bertukar jadi tikus dan labu...(ingat cerita cinderella bila the clock chimes 12 times?).
Cukup dulu sampai di sini sekadar memanaskan blog yang telah lama tak ku kemaskini. Kelembapan line hanya satu alasan. Yang sebenarnya...yang sebenarnya...(baca ikut lengguk lagu Yana...)...aku tak ada mood nak menulis. Cerita banyak yang sebenarnya...tungguuuuu...
Cukup dulu sampai di sini sekadar memanaskan blog yang telah lama tak ku kemaskini. Kelembapan line hanya satu alasan. Yang sebenarnya...yang sebenarnya...(baca ikut lengguk lagu Yana...)...aku tak ada mood nak menulis. Cerita banyak yang sebenarnya...tungguuuuu...
Wednesday, April 15, 2009
Nak cerita lagi ke?
Dulu dalam RETRO saya ada sebut nak cerita lebih lanjut pasal beberapa hal. Nak citer lagi ke? Dah lama sangat, saya pun dah terlupa pasal tu...takyah la ekkkk? Citer hal ehwal semasa je la ekkk?...ok la ekkk? hik hik
Friday, April 10, 2009
O'oooo...
It's been a year...jaiman, shame on you! I know i know...i'll make it up to you...when? errrr...first of May...kot...hehehe
Sunday, May 11, 2008
FIRST OF MAY...ELEVENTH MAY...
Ayahku telah meninggal dunia pada 9.2.2005.
Emak sekarang off and on tinggal dengan aku.
Aku anak ke4 dan anak perempuan sulung.
Aku ada 3 orang abang, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan.
FIRST OF MAY by BEE GEES (one of my favourite songs and groups)When i was small,
and christmas trees were tall,
We used to love while others used to play.
Don't ask me why,
but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
(chorus)
Now we are tall,
and christmas trees are small,
And you don't ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess we'll cry come first of may.
The apple tree that grew for you and me,
I watched the apples falling one by one.
And i recall the moment of them all,
The day i kissed your cheek and you were mine.
(chorus...)
When i was small,
and christmas trees were tall,
Do do do do do do do do do...
Don't ask me why,
but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
Bermula dari 1 May, hampir setiap hari ada "HARI..." (siapa la punya kerja ni?)
Pagi ni aku tenguk SPM di RTM1. Tetamu undangan Suhaimi dan Hani ialah MakWe Kartina Aziz (perghhh anggun sungguh makcik tu...envy aku hehe) dan (Dato) Yusni Hamid, penyanyi bersuara emas. Baru hari ni aku tau yang Hani tu rupanya anak Yusni Hamid. Yusni Hamid penampilannya begitu sederhana. Bagaimana kita lihat dia di kaca TV atau di khalayak hiburan, begitu lah dia di luar. Aku selalu juga terserempak dengan dia semasa aku masih bertugas di Angkasapuri. Soft-spoken and very pleasant personality. Aku amat menghormati dan meminatinya. Artis2 baru harus mencontohinya.
Aku suka dan amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Kartina Aziz. Sebagai ibu kita kena fikirkan bahawa tugas membesarkan dan mendidik anak-bukan bukan suatu pengorbanan tetapi itu adalah suatu TANGGUNGJAWAB dan AMANAH Allah. Mak aku pun setuju. Bila apa yang kita buat kita anggap sebagai suatu tanggungjawab dan amanah maka barulah tidak terasa berat dan tidak timbul isu ungkit mengungkit dan terasa hati.
Namun bagi kita anak-anak haruslah menganggap tanggungjawab yang dilakukan ibu bapa itu sebagai PENGORBANAN mereka untuk kita. Barulah kita menghargai mereka.
Kata Kartina Aziz, keluarganya tidak sangat memberi tumpuan kepada 11 Mei, tapi setiap hari harus dihargai. Lagi sekali aku setuju. Mak aku pun setuju...hehehe. Aku pun takde ucap selamat hari ibu kat mak aku. Mak aku pun tak kisah. Yang penting, setiap hari aku masak dan sedaya upaya aku siapkan segala yang mak aku perlukan. Penat memang la penat. Tapi apalah sangat. Aku pun seorang ibu. Aku tau. Cuma aku tak berapa suka bercakap.
Tapi sebagai meraikan hari ni aku ucapkan kepada semua kawan-kawanku yang bergelar ibu...SELAMAT HARI IBU...semoga kita semua dapat menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kita dan juga anak-anak rakan-rakan, saudara-saudara dan jiran-jiran kita.P/S: post pada 11 Mei jam 11.25 pagi. Isyyy mcm mana nak tukar tarikh dan time posted kat sini ekkk?
Subscribe to:
Comments (Atom)