Friday, April 25, 2008

Kak, boleh ajar buat blog?

Isyyy CT ni bior betul, ade ke aku dia minta ajar buat blog. Aku berkata dalam hati bila membaca sms darinya dua tiga hari lepas. Tapi aku jawab juga. (Tak mau kalah hehehe). Ok, no hal setakat yang akak tau la. Akak pun meraba je buat blog hari tu. Hehehe.

Hari ni pagi-pagi lagi aku switch on TV (default TV3, hubby aku yang set, kalau aku yang set tentunya rtm1 atau rtm2, Menteri Penerangan mesti suka kat aku, perghhh!!!). Sedang aku menyediakan sarapan, tiba-tiba aku dengar macam suara Wardina memperkenalkan seseorang, aku dengar katanya "...en Azli...". Cepat-cepat aku ke ruang tamu untuk melihat TV...huyeaaa "kawan @ sifu ICT" aku (hik hik mengaku...perasan) En Azli Paat on air rupanya. Dan nak cerita pasal macam mana nak buat blog.

Aku teringat kat CT, terus aku telefon dia. Isyyy lambat pulak minah ni angkat telefon. "Hello kak..." akhirnya dia menjawab panggilan aku. "Ti..u katner?" Aku tanya direct je, takde salam takde hello. Masa berjalan nih. "Kat rumah, baru nak kuar g keje", CT memberitahu. "ok, cepat on TV3 NOW! en AP on air nak ajar buat blog...cepat NOW!!!" Aku memberi arahan macam askar. "ooo ok..." cik CT kawan aku ni memang sopan santun orangnya. Kalau tenguk dia memang orang boleh lemah. Tapi aku lemah bila tenguk dia bukan apa, sebab terlalu lemah lembut berbanding dengan kerja yang dia ceburi. Aku selalu juga tegur dia supaya lebih bersikap agresif dan bila bercakap biar lebih tegas dan kedengaran meyakinkan. Tapi ye lah dah dia macam tu. Tapi dia memang sangat baik. Aku kasar kasar pun dia tak pernah ambil hati (rasanya lah hehehe)

Harap-harap CT sempat lah mengikuti kursus singkat membuat blog dari en AP tadi. Tapi kalau aku kena ajar dia pun aku lebih confident lepas tenguk TV3 tadi. Dulu masa aku buat blog ni aku pakai raba-raba je...jadi pulak tu, tapi taklah cantik macam blog orang lain (dengan rasa rendah hati aku mengaku hehehe)

Tapi hari ni aku dengar sesuatu dari En AP yang membuatkan aku cukup TERANGSANG...kata en AP (lebihkurang macam ni) ... MEMBUAT (MENULIS) BLOG NI MESTILAH DARI HATI...hmmmm rasanya betul la...aku tenguk ada satu blog tu memang seronok kita baca, dan yang menarik tu, tak kurang dari 50 komen setiap kali dia post artikel. Dan yang lagi aku kagum, dia akan jawab setiap komen, itu lah agaknya antara sebab, atau mungkin itulah yang membuatkan ramai suka masuk, baca dan komen kat blog dia. Tapi posting posting dia memang benda-benda yang kita boleh relate to, dan cara dia menulis pun amat bersahaja. Aku yang dah tua ni pun enjoy baca blog dia. Lagipun budak tu bela lembu...macam aku gak (eh eh bukan aku tapi hubby aku yang bela...aku selalu main main je dengan lembu tu hehehe)

Cuba lah pergi tenguk blog ACAI budak jawe tu...tentu anda pun seronok dan akan melawat hari-hari... www.faisalrahim.blogspot.com

11 comments:

kakzie said...

wah..kalau ip lak sifu ajar wat blog kakAA..(tp dah delete atas sbb tertentu) tp ingat nak buat balik n hanay yang ip invite jer nanti leh masuk..best baca blog kakJem..tahniah..

kakzie said...
This comment has been removed by the author.
jaiman said...

hehehe toche toche IP...selamat memblogging, nanti invite akak ekk

azieazah said...

Betul la Kak... blog ACAI tu memang best giler..

ada gak 2,3 org bloggers yg Azie kenal, blog depa best..

Semangat kak.. semangat! hehehehe...!

jaiman said...

AA bak mai sini url bloggers tu akak nk tenguk gak...yes yes semangat...membara hahaha

Mohamad said...

Assalamualaikum Salam Pagi Jumaat. Terima Kasih kerana menyinggah di Blog saya. Rajin2 la singgah dan bagi komen... agar saya dapat menghasilkan yang terbaik... Tentang baja tu ada ke sample ke website nya yang boleh saya lawati.

jaiman said...

Che Mat. Terima kasih sudi singgah dan masuk blog saya ni (takde la macam lirik lagu tu, kenapa singgah kalau tak masuk hehehe). Pasal baja tu ada website tapi tak update la Che Mat... www.sabyenterprise.com

jaiman said...

oopsss sori terlupa jawab salam...Waalaikumsalam Che Mat...(dah malam isnin nih...:D )

black_canary said...
This comment has been removed by the author.
black_canary said...

TERjumpa jugak adik dgn blog akak ni...
semenjak 2 menjak ni..semua org buat blog..ahli politik pun ada blog...supaya rakyat tak kata depa tu goblok...

jaiman said...

TERima kasih adik kerana berusaha mencari akak sehingga TERjumpa. Rindu kat akak la tu sbb dah lama tak jumpa kat kg kan kan kan...hehehe...