Monday, April 14, 2008

RETRO...

Dah 3 bulan berlalu sejak posting aku yg terakhir. Bukan tak ada cerita. Malah macam-macam perkara yang berlaku yang boleh aku tulis. Bukannya aku tak online. Saban hari aku online. Semak e-mail, cari info, download gambar dari handphone ke laptop, chatting, jenguk blog, dll yg boleh dibuat bila online. Cuma aku tak ada mood nak menulis. Betul lah kata orang, nak memulakan sesuatu memang senang, nak mengekalkan apa yang kita mulakan itu yang susah...heeee kena paksa diri ni...



Awal bulan Mac aku menemani anak ku ke Manila Dia menghadiri conference. Aku makan angin lah apa lagi. Kesian anak aku. Dia terperuk dalam dewan persidangan, mendengar pembentangan kertaskerja yang membosankan. Sedangkan aku enjoy jalan sana sini. Hehehe...aku pun pernah mengalami keadaan seperti itu ketika masih bekerja.



Mak mertua aku dimasukkan ke hospital pada 30hb mac lepas kerana appendiksnya bengkak, menanah, pecah dan kena bedah. Nanti aku cerita lebih panjang, bukan cerita pasal mak mertua aku sangat tapi pelbagai kisah sepanjang 8 hari aku di wad menjaga mak mertua aku.




Minggu lepas aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, 3 hari berturut-turut. Memang satu kemestian buat aku ke Pesta Buku setiap tahun. Dan biasanya aku ke sana hampir setiap hari. Cuma tahun ini aku larat pergi 3 hari saja. Itu pun dah terasa nak demam. Bukan NAK demam, tapi dah demam pun. Sebabnya...nanti aku cerita lebih detail.



Sabtu lepas aku dan kawan-kawan sekolah berkumpul lagi sempena menyambut kepulangan seorang rakan kami yang telah migrate ke Australia. Makcik-makcik berjumpa, riuh rendah, mengembalikan nostalgia zaman persekolahan. Sebahagian kami dah berstatus nenek. Yang belum ada cucu jadi nenek tumpang, tapi nenek bukan sebarang nenek uuuu...hehehe




Dalam pada itu, seperti biasa aku ke kandang lembu dari masa ke semasa bersama suami ku. Selain dari menjenguk lembu, kini kami ada "pastime" baru..ermm bukan baru sebenarnya...nantilah aku buat satu posting khas mengenai pastime ni...tunggu ye...seronok tau...


Dan yang pastinya business berjalan seperti biasa...


Ok cukup dulu warming up. Kali ni posting aku dalam Bahasa Malaysia yang agak standard...Bahasa Inggeris pun aku kena polish juga hehehe

3 comments:

IXORAROXI said...

selamat merajinkan diri :D

jaiman said...

to che to che (sambil tunduk2) :D

azieazah said...

Banyak nyer citer menarik...

ehhh tak sabaq nyaaa...
cepat ler storiii....