Thursday, April 17, 2008

Sakit Nek? Taklah SEDAP...

Gambar Rajah 1...Luka pembedahan appendicitis selepas 5 hari terpaksa di"buka" semula kerana jangkitan kuman dan menanah. Mak mentua aku terpaksa menahan kesakitan setiap kali nurse membuat "dressing" (sehari 2 kali). Kesian aku tenguk. Setiap kali nurse nak cuci lukanya aku akan berada bersama walaupun nurse dan kadang2 doktor meminta aku beredar. Sorry, no way doc...

Huhuhu dalam sakit-sakit pun sempat mak mertua aku buat lawak. Dia ada diabetes, salah satu penyebab lukanya menanah. Aku pernah mengalami keadaan yang sama, jadi aku tahu betapa sakitnya ketika luka dicuci. Aku hulur tangan aku untuk dia genggam bila rasa sakit. Jururawat yang membuat "dressing" mengusik mertua aku dan kami bergurau dan bercerita untuk mengalih perhatiannya dari kesakitan yang sedang ditanggung. Seorang nurse lain datang dan bertanya, "sakit nek?"..."taklah, sedap...manis..nak rasa?" jawab mertua ku spontan. "eeee taknak lah...sakit" sambut nurse yang bertanya tadi. "Haaa tau pun!!!" sanggah mertua ku. Kami mengekeh-ngekeh ketawa. Mak mertua aku pun ikut ketawa tapi tersekat, "aduhhh...". Sakit wooo ketawa bila luka di perut. "Mak, tarik nafas...lepas, tarik, lepas.." Aku segera mengingatkan dia. Kadang-kadang bila terlalu sakit kita terlupa untuk bernafas seperti biasa.

Moral of the story: Ketawa mengubat luka di hati bukan luka di perut. Dalam keadaan apa pun jangan lupa bernafas seperti biasa kecuali kalau dah mati...ouchhhh!!!

2 comments:

azieazah said...

Pengalaman manis gak, AZIE berkesempatan pi melawat dia hari tu.. wpun agak lewat, dah malam pun.. (itu jer masa yg sempat -- sbb ujung minggu tu nak ligan program YPN)

Memang Mak Mertua akak tu besttt.. peramah, mcm Azie gak.. hahahaha! Layannnn...

Kalu siang hari tu, mau 3,4 jam dok borak.. hehehehe uishhh.. kalu laki tak jeling malam tu, memang tak ingat nak balik.. heheheheh

IXORAROXI said...

eeeee ngeri nengok...huhu IX ada kenangan paling manis dalam hidup hanya kerana pembedahan appendiks di tawakkal..ahaksss!